Monday 17 October 2011

kalau...agar..dan namun... T_T

kalau...agar..dan namun| 3 patah perkataan yang menyelubungi diriku seusia akal sempitku sudah mampu memikirkan perkara logik & sulit..barangkali kemampuan fikiranku berfikir semasa usiaku menjengah 8tahun..

8tahun
kalau:
kalau ak besar kan best
agar :
agar ak dapat buat macam-macam nanti xde la lagi umi nk kata tidak...sume keputusan ak yang akan putuskan
namun:
namun..bila dah besar serabutnya ya rabbi seakan-akan sentiasa nk jadi budak yang xyah pikirkan apa2

18tahun
kalau:
kalau dapat masuk u kan bes
agar:
agar dapat berdikari,menikmati zaman remaja di universiti dan kenal ngan ramai kawan dari seluruh negeri
namun:
namun..hakikatnya xsemua yang dirancang menjadi..bila kat u kita kne jaga diri sendiri,xde sape nak ambik peduli.pandai2 la bawak diri,lu langsi lu mati...umiiiii!!!!

20tahun
kalau:
kalau dapat kawen awal kan bes..
agar:
dapat berbakti kat suami n dapatkan pahala free2.
namun:
setahun 2 je semangat nak berbakti,bila dah lama2 mulalah suami isteri bawak hal sdiri2 akhirnya rumah tangga jadi sunyi sepi anak2 terabai mencari identiti..

sumenya terjadi bila diri kurang bersyukur..ak,kau dan mereka,jom la kita berusaha jadi insan yang sentiasa berasa cukup dengan ap yang diberi.lect ak pernah cakap orang kaya tu adalah org yang merasa cukup dengan ap yang dia ada.wallahua'lam.apa kata kita mhargai apa yang kita dapat arini..hargailah dan nikmati setiap zaman yang kita lalui.

andai ada adik2 yang menjengah ruang ni,k.nini nasihatkan berbahagialah menjadi adik.bila hasrat kita ditentang oleh ibu bapa,itu bukan kerana mereka menyekat kebebasan kita sebaliknya mereka hanya memikirkan ap yang terbaik untuk kita

untuk para remaja,percayalah zaman persekolahan merupakan zaman yang paling dirindui..memang kita impikan untuk melangkah ke alam universiti,alam yang lebih berdikari namun setelah kita meninggalkan realiti persekolahan,satu saat nanti kita akan merindui sahabat2 yang begitu tulus berkawan ngan kita,guru2 yang begitu ikhlas menyampaikan ilmu dan uniform putih yang xyah menyebabkan kita terfikir2 pakaian apa yang perlu ak pakai esk hari ^__-

dan untuk seusia denganku hargailah zaman bujang kita..hidup yang bebas tanpa sekatan selagi tidak keluar dari batasan syariat..bergembiralah kerana masih mampu berkhidmat untuk ibu bapa yang berpuluh tahun membesarkan kita terutamanaya kita sebgai kaum hawa.dibuatnya kelak bila da kawen suami x bagi jumpa mak bapak..menangis tepi dapur la jawab nya..ngeee

so xyah nak kalau..kalau sangat la kan..hargailah masa sekarang kerana kelmarin adalah kisah silam,hari esok seakannya belum pasti dan hari ini adalah realiti..jangan membuang sampah merata-rata..undilah saya!!!hehe