Monday 17 October 2011

9 jenis syaitan laknatullah

     aini alhamdulillah skali lg Allah bg kelapangan waktu untuk dengar kuliah maghrib kat surau UTM.biasenya bukan sibuk tapi syaitan yang menyibukkan aku dengan segala macam hal dunia.sampaikan main facebook pon antara kesibukan dunia yang seakan-akan x boleh aku tinggalkan...astaghfirullahalazim lalai...lalai..

     Bercakap sal syaitan ni tadi ustaz ada sentuh pasal 9 jenis syaitan..wow banyaknya..mampu ke kita nak lawan?ok nampak banyak kan,tapi bukan kejayaan namanya lau kita x tempuh segala kesukaran..tul x? jihad paling besar kita umat akhir zaman ni adalah jihad nafsu sebagaimana yang terdapat didalam hadis.

dalam bahagian ke-13 daripada al-fawa'id al-muntakhah himpunan imam abu hafs umar bin ja'far al-basri ada menyebut hadis ini dengan sanad yang kuat.


رقم الحديث: 63
(حديث مرفوع) نا مُحَمَّدُ بْنُ غَالِبٍ , قَالَ : نا عِيسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْبِرَكِيُّ , قَالَ : نا يَحْيَى بْنُ يَعْلَى , قَالَ : نا لَيْثٌ , عَنْ عَطَاءٍ , عَنْ جَابِرٍ , قَالَ : قَدِمَ عَلَى النَّبِيِّ , صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَوْمٌ عُرَاةٌ , فَقَالَ النَّبِيُّ , صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " قَدِمْتُمْ خَيْرَ مَقْدَمٍ قَدِمْتُمْ مِنْ جِهَادِ الأَصْغَرِ إِلَى جِهَادِ الأَكْبَرِ " . قِيلَ : وَمَا جِهَادُ الأَكْبَرِ ؟ , قَالَ : " مُجَاهَدَةُ الْعَبْدِ هَوَاهُ "

No hadis: 63

hadis marfu': telah meriwayatkan kepada kami Muhammad bin Ghalib (thiqah) bahawa beliau berkata: isa bin ibrahim Al-Barki (thiqah) berkata: Yahya bin ya'la At-Taimi Al-Kufi telah meriwayatkan kepada kami, bahawa beliau berkata: Laith (bin Sa'ad Al-Misri, seorang ulama' thiqah) meriwayatkan kepada kami daripada 'Atho' (bin Aslam, seorang ulama thiqah) daripada Jabir r,a. bawasanya beliau berkata:

"Telah datang kaum kepada Rasulullah s.a.w. lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Kamu semua telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju jihad yang lebih besar." Dikatakan: "Apa jihad lebih besar itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya

Read more: http://ad-deen.proboards.com/index.cgi?board=hadis&action=display&thread=161#ixzz1b2qd9EOG
 
Tak kenal maka tak waspada. Betul tak ? Meh kita pakat kenal2 dulu sembilan / 9 jenis anak Syaitan dan kerjanya. Moga2 kita terlindung dari hasutannya. InsyaAllah.
Sayyidina Umar al – khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak Syaitan :
1. Zalituun.
  • Duduk di pasaraya / kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang – barang yang tidak perlu.
2. Wathiin.
  • Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan.
  • Menghasut sultan/ raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama’.
4. Haffaf.
  • Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat – tempat maksiat. (contoh : Disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah.
  • Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour dan sebagainya.
6. Masuud.
  • Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata -kata mulut.
7. Daasim. (berilah salam sebelum masuk ke rumah)
  • Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai – berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak – anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.
8. Walahaan.
  • Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat – ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus.
  • Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari.
** Setiap hari di mana Syaitan2 ini akan mengganggu kehidupan harian dan mengahsut tanpa kita sedari. Sampaikan kepada saudara Muslim yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat.
Dan sejak akhir2 yang paling teruk (aaikk ada lagi ker ?? kata ada 9 jer, apa kes  ?? ) Merapu jer la yang ni beb.
10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Turut terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing & tak kira kat mana2 lagi kalau ada.
Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupa yang lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak2  sikit, jangan sampai berlebih – an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan jugak.
11. Hind*setan.
Nie mereka2  yang menonton cerita hindustan (bollywood), sampai masuk waktu sembahyang, masih menyonggol depan TV, kepala dah keluar tanduk, tak sedar, so jadi lah hind*setan. Hehe. Maaf bukan nak menghina @ menyinggung perasaan mana2 pihak, sekadar ingatan. Sebenarnya nak buat ayat delete garisan kat tengah2, tapi tak boleh plak. Tak tau pasai apa.
12. Santan.
Yang ini saja nampaknya, berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak. Pun begitu kalau berlebihan boleh menyebabkan kolesterol tinggi. Hehe.
Takbir !!