Wednesday 28 November 2012

oooooh kulinari

Bismillahirrahmanirrahim..

kali ni impian untuk jadi tukang masak semakin mnjadi2..ak ingatkan ia akan terkubur bila umi x benarkan ak meneruskan niat utk ambik jurusan kulinari di suatu saat mengisi UPU dlu...tp bila dah berada di tahun akhir diploma pengurusan teknologi di UTM ni,ak rasa mula berani untuk cipta haluan ak sdiri..bukan nk membantah saranan umi cuma ak kira sudah tiba masanya untuk ak mencipta sesuatu yg luar biasa...

xlari dari rezki dan taqdir yg da ALLAH tetapkan tp selaku manusia biasa ak perlu berusaha..yes itulah yg Islam anjurkan..jadi ak nekad kali ni jika panjang umurku akan ku isi pemohonan untuk mengikuti pengajian degree kulinari di uitm..dapat x dapat tu rezki yg Allah nk bg yg pnting try dlu..

jadi aini ak godek2 pakcik google n usyar2 kos tu tgk apa2 yg patut n mengikut syarat2 yg diperlukan,ak kira ak layak untuk memohon dan sekali lagi ak x mengharapkan lebih semuanya bergantung pada rezki dan takdir ak nnt...

taraaaaa ni dia punya syarat
http://www.e-syarat.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=81:syarat-kelayakan&catid=70:ijazah-sarjana-muda&Itemid=67

hehe punya laaa smangat..ap2 pun habiskan diploma ni dlu..skang CGPA x cecah 3.5 lg arap2 sempat sementelah ni sem akhir...n jangan lupe ni CGPA di dunia je CGPA utk akhirat canne???xdapat den nk nolong...

Monday 6 August 2012

PaKAIANku kebal :)


Baju?…ok
seluar?…ok
tudung?…ok
stoking?...erkkkk koyakkkk :(

Imbas kembali (0843)…..
pagi ni terkocoh2 ak menyarungkan pakaianku sbb da lambat nk g kelas..jarum jam macam laju jeee gerak..pakai taram je baju apa janji xyah iron…ngeee..capai mana yg mampu..kmudian final check

[dalam bilik](0849)
buku???...ada
kunci moto???..da ambik
kunci bilik???...dah kluarkan
helmet???...dah capai…
telekung???...ada
quran???..dah masukkan lam beg
ok cun..

[parking lot] 0850
Jam dah sampai ke angka 8.50pg lg 10mnt sblm kelas bmula..cari kunci,pakai helmet ,panaskan enjin kejap pastu terus pecut…jalan yang asalnya oneway ak jadikan twoway..erkkkk..haha
[Pak guard house] 0901
bila nk kluar je dr pagar kolej  tetiba kne tahan ngan pak guard..alamakkk da la dah lwt,,hurmmm jawab la apa yg patut..hoho,,[sticker xde,bawak laju,salahguna laluan x tmasuk lg roadtax moto mati,lessen xde,no plat depan tetanggal]..macam2 kesalahan ada…grrrr
p.guard :knape motor xde sticker???
asma       : emmm x buat lg..jgn saman saya ye nnt saya buat
p.guard  :mana mtrx card awak?awak student kan???
asma       :alamak mtrx card sy tetinggal…ayyai bleh saya patah balik?
p.guard  :haaa pegi ambik
sbb da lambat dengan sdikit kelam kelibutnya ak  patah balik..tetiba debbbushhhhh..zerrrrrr!! moto ak tbalik..sudah jatuh dihempap moto..dunia jadi gelap sat..tgn dah mggeletar..skali jatuh dpan pak guard daa..betul2 depan bas yang penuh berisi student..pakcik bas terus angkat moto smntara pak guard angkat ak…errrr malunya YA ALLAH.ak check mana yang patut..tgn luka sikit siku rasa pedih…

imbas kembali
ak segera berpatah balik..dalam ati dah bdebar sbb lewat + kene tegur ngan pak guard..akibatnya ak gagal mgawal motor  yg mmg ak da tau tayar motor tu sbnrnya dah botak..skali masa tu jalan atas pasir..apa lagi gedebuk jatuh..moto???ntah sampai skang ak x tgk lg kondisinya…arap2 di sihat je… erkkk dah la jatuh tu x jauh dr pak guard yg tegur ak, dalam jarak 5meter gitu..

panjang benar ak bercerita..redha je ngan apa yg blaku..baru ak prasan sblm tunggang moto td ak x baca bismillah n doa pon..tp Alhamdulillah mgkin berkat berpakaian sprt yg syariat gariskan ak x mgalami sbarang luka besar…jubah ak slamat,jeans belah dalam pon slamat..siku ak slamat sbb pakaian ak agak tebal serta dilapisi dgn handsock skali jadi calarnya x byk..stoking ak koyak mgkin sbb geseran tp kaki x cedera sbb stoking tu mmg super duper tebal…sgt2 bsyukur sbb ALLAH ilhamkan pakai baju n tudung besar2 xleh tbayang lau tzahir aurat depan org ramai td..aurat kan bnda aib..canne la andai org yg pakai tudung senteng2 mungkin tudungnya btambah senteng mungkin juga terus tertanggal..hoho Alhamdulillah…pakaian ku kebal..ALLAH AKBAR..
teringat kata2 atok pasal untung baik dan untung buruk..kdua2nya beruntung kalau kita “sabar”..pepatah melayu yg satu ni mmg berpandangan jauh.. J

Tuesday 15 November 2011

terfikirkah kita adakah amalan kita diterima

Imam Abdullah bin Al Mubarak R.A telah meriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorg lelaki, Khalid bin Maadan yang pernah berkata kepada Muaz;

“ wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah S.A.W..

Berkata rawi hadis tersebut (Khalid bin Maadan) lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata; Aku mendengar Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepadaku:

“Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan member manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharakannya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan  Tuhan pada hari kiamat nanti.

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah S.W.T telah menjadikan tujuh orang malaikat sebelum Ia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut.

Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama. Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah:

“Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah mnyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas”

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak. Malaikat itu Berjaya melintasi langit yang pertama kerana orang yang mgerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan amalan mengumpat orang, sehingga mereka sampai ke langit yg kedua lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:

“berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu melintasi langit yang pertama dan kedua sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga itu:

“ Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. akulah malaikat takbur. allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasiku. orng itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip kelip. baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji dan umrah.  Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yang keempat maka berkata malaikat penjaga langit yang keempat itu:

“ Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. akulah malaikat ujub.Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. orang itu beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya"

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu yang ke lima seolah olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) kerumah suaminya; maksudnya berseri seri. lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima:

“ Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkuknya. Akulah malaikat hasad. Ia sangat hasud kepada orang yang belajar ilmu dan bberamal seperti amalannya.  ia hasud akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat ia juga mencela mereka..Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku"

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalanya sehingga  ke pintu yang ke enam lalu berkata malaikat penjaga langit yang ke enam:

“ Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak berbelas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia meras gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku"

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amalan itu ialah sembahyang, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi (bunyi zikir) seperti lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga langit yang ketujuh:

“ Berhentilah kamu  dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutuplah ke atas hatinya. Akulah malaikat zikir ( mencari sebutan supaya disebut sebut oleh orang). Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut sebut di kalangan ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak"

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amalan itu ialah sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam dan banyak berzikir. Amaln hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat berhenti di hadapa Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya:

" Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mgetahui denagn segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya akan laknatKu"

lalu para malaikat tadi berkata:

"Keatasnya laknatMu dan juga laknat kami" lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan isinya.

Mendengar sabda Rasulullah S.A.W ini lalu Muaz menangis seraya berkata: "Engkau adalah Rasulullah S.A.W sedangkan aku adalah Muaz (hamba Allah yang bukan rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera.


..... AKAN BERSAMBUNG LAGI NANTI YE..jawapan dari Rasulullah S.A.W dan pesanan kepada Muaz

Wednesday 2 November 2011

belajar mengajar

     Dalam kesibukan mengisi markah akhir tahun budak2 sempat lagi ak mengupdate blog..ngeh3!
xsangka rasa baru semalam ak meninggalkan zaman bangku sekolah tetiba hari ni ak plak yang mengalami kitaran yang sama tapi pada takuk yang berbeza..kalau dulu ak menadah telinga membuka mata melapangkan dada dan mengosongkan minda untuk menerima apa sahaja ilmu yang cikgu ak berikan kini ak pulak yang melakukan perkara yang sama.huhu rindu pada zaman kanak2,rindu kat kawan2,rindu kat baju sekolah..hihi.

  (baru 7tahun ak tinggalkan darjah 6 dan x sampai 2thn ak tinggalkan ting5..buat macam da berpuluh tahun..hehe)ap2 pon mmg ak rindukan sume tu..yang lawaknya cikgu yang ngajar ak time darjah 3 n 6 dulu da jadi rakan sekerja ak.hehe..tp rakan x rakan dia tetap cikgu ak..hormat3x!budak2 ni selalu panggil ak ustazah sedangkan ak disekolah ni sebagai cikgu ganti seorang guru BM..Xpela ustaza ke cikgu ke sama je 2 2 bermatlamat yang sama.nk mendidik!


   hari kedua ak jejak kaki ke skolah ak da kene buli ngan sorang cikgu senior..akhirnya ak faham ap yang telah diajar oleh lect ak dalam subject Organizational behaviour..huhu xpe ak da ready mental fizikal..stakat kne buli cket2 tu adat la sbgai cikgu baru..huhu.ak kene ganti mengawas peperiksaan sorang cikgu ni padahal jadual ak da pack giler..
Teringat la satu kejadian time ak mengawas kelas 4UKM ni lau x silap subjek kemahiran hidup.xsampai sejam mereka sume da siap menjawab ap lagi mulala nk berjalan merata2..(pangai budak biase la super duper aktif,mane leh duk senyap)tetibe ak nampak 2 orang budak pomp ni duk past2 kertas..ak mula rasa pelik..nak kata meniru xde gaya meniru lak..ak pon pergi tempat diorang n mintak kertas tu...mula2 diorang x nak kasi tapi ak buat muke garang cket..ngeee..ap tau dirang tulis dalam kertas tu (lebih kurang ayat mereka...):

murid 1:najihah,,,guru baru ni cikgu ke ustazah?
murid 2:xtau la saya saya rasa ustazah try awak tanya ibtihal..
murid 1:alaaah awak laa tanya..
murid 2:malas saya...biar je la..
(ak pun tulis dalam kertas tu...)
cikgu nini:xtau la cikgu ke ustazah...ikuuut laa..atromen kot..

hahaha pastu ak bagi balik kertas tu kat budak tu....


penat

xsangka kerja cikgu skolah rendah ni nampak je mudah..g pagi balik tengahari.tapi masyaallah penatnya bukan main lagi nak2 time kne isi markah peperiksaan..nasib baik ak yang muda belia ni Allah bagi kudrat yang kuat n mata yang terang (hakikatnya rabun gak..power spect da nk capai 200..huaa!) so xde la mgendap nama budak lama2..memang wajarlah cikgu cikgi ni diberi penghargaan.pengorbanannya x sikit yang penting diorang nak lihat anak didik berjaya..(banyak membuat kesimpulan slpas menghadiri meeting kelmarin)

hihi hari ni 03/11/11 hari pertama ak masuk mengajar dalam kelas..5UTM! perghhh masuk je kls budak ada 8org je..fuh nasib baik..xde la pening ak nk handle budak ramai2..(budak klas akhir nakalnya tuhan je tau,nasib baik diorang x ramai datang aini).ok mulakan dengan sesi taaruf..sampai kat sorang murid ke 8 ak tanya nama dia.tiba-tiba.........budak pomp bangun n sengeh2 pastu x nak cakap..ak provok sikit budak tu n akhirnya dia nanges.hahaha..ayyai budak manja..malu nk cakap sampai nanges..ok tiba turn ak lak memperkenalkan diri...

nama saya..........asmarini asaari
saya ulang....asmarini asari
panggil saya...cikgu ninie
asal..kampung panglima bayu
umur....19
belajar di Universiti Teknologi Malaysia
Cost...Teknology of Management..
ok xde a2 nak tanya kan..jom kita main!

hehe saja xnak bagi budak stress lepas exam..
jadi sebab rata2 budak2 dalam kelas tu x reti membaca ak buat pertandingan mengeja..eceeeeh budak2 pon ak tengok cam ceria je.ok la tu!ak menghadapi sejam yang singkat..masa terisi dengan jayanya...step pertama untuk ak mendekati budak2 nampaknya ad sedikit hasil.

seronok.
apa2 pun mendidik ni memang seronok,semoga usaha guru2 ni menjadi saham d akhirat kelak..ak disini hanya guru ganti..17 ni ak da bebas,xyah nk sopan2 lagi.boleh mengganas balik..naik gunung lagi sodap!ngeeeee

Saturday 29 October 2011

cikgu ninie

hehe aini bermula laa ari pertama ak sebagai cikgu ganti kat skolah umi..cuak woooo.yela tak penah2 di train sebagai cikgu tetiba lak melibatkan diri secara serius..ngeee.

Punya la semangat kan nak ngajar,pagi2 lagi da bangun mandi n bersiap apa yang patut..tetiba...alamak ak ad beg galas je.mana laa ada beg sandang bagai kan..apa lagi pagi2 lagi da kene marah ngan umi..hoho.hurmm nasib la badan.slama ak hidup n duk u ni beg galas tu je la ak bawa ke hulu ke hilir..nasib baik x datang angin ahmar ak,mane la tau tetibe ak rasa nk bawa haversack pegi ngajar x ke heart attack umi nnt..huhu

sampai je kat skolah umi bawak masuk pjabat jumpa cikgu besar utk lapor diri..ngeeee skang ak dah bergelar cikgu nini!tp ak blom jmpe lg ank murid ak (sempat laktu update blog jap),ntah canne laa prangai diorang arap2 Allah bg ak kesabaran dan kekuatan iman untuk mghadapi segala kemungkinan..always expect d unexpected..insyaallah!

harapan ak cume satu..moga kehadiran ak d sini walaupun cume beberapa hari dapat meninggalkan kesan positif pada skolah ni n usaha yang sedikit ini mendapat saham dan perhatian Dia d akhirat sana..amin...

Sunday 23 October 2011

Jangan pakai kain batik...



Simple,sempoi dan senyum antara gaya hidup yang nak ak terapkan dalam diri..yela bila orang cakap perempuan ni slow la lenggang laaa mmbuatkan ak makin semangat nak buktikan kat luar sana yang pomp sebnrnya boleh buat ssuatu perkara tu dengan cepat.antara method yang biasa ak guna untuk ak latih diri menjadi cepat...ialah
1.proses bangun tido hingga ke bilik mandi=1-2mnt
2.set masa semasa mandi...paling lama 3mnt untuk (mandi2 biasa)
3.proses slps mandi-berpakaian lgkap+makeup=5mnt
Jadi alhamdulillah sampai arini ak masih mengekalkan masa 9-10mnt utk bersiap...ngeeee.sebenarnya ia bukan berasaskan kekuatan fizikal sebaliknya bagaimana kita menguruskan masa dan ia memerlukan latihan yang berterusan untuk meningkatkan keupayaan diri dalam apa bidang sekalipun...eh da jauh melencong..
Berbalik kepada isu kain batik,ak ni penggemar kain batik..sangat suke xtau kenapa...orang kampung kot!ngee.jangan pelik lau ak cakap kain batik ak da sampai KLCC..hehe
senang cite tido malam brkain batik,pegi kelas berkain batik,g jenjalan pon berkain batik..hoho dasyat2 nasib baik time main tenis ak tak pakai kain batik..tapi kain batik tu ak pakai kat dalam jubah je laa..nak dijadikan cite,semalam ak baru pulang dari satu program..jadi sebab da habit pakai kain batik jadi dengan slambenya ak pakai je la kain tu terutamanya apabila ad pengisian diantara jarak 2 solat yang dekat seperti maghrib dan isya'.Jadi cepat la lau tetibe dibuatnya kepimpinan bagi arahan mengejut ak boleh sarung jubah je..nk cepat punya hal..

dipendekkan cite lepas solat isyak tu kitorang terus je stay kat dewan(dewan & dewan solat merupakan tempat yang sama).sbb xde orang balik ke dorm jadi ak pon ikut tak balik gak..xsangka malam tu mrupakan malam ala2 muhasabah..mak oiii kne ragging plak tu pon diatas kesalahan kami spanjang program."banin sila junjung kerusi sambil rendahkan badan separuh,banat angkat kerusi sampai pinggang sambil angkat kaki sebelah!!!"..ok boleh je no hal la..blagak gile kan ak..ngeee.lps 5mnt duk angkt krusi smbil tuka2 kaki sbb penat ak mula rasa ikatan kain batik ak longgar..ayyai!masalah da muncul.nk gerak xbleh..nk bersuara xberani kang telucut gak kain batiK ak nanti..huhu
seminit kemudian kami telah dimaafkan..ingatkan berenti di situ jee rupanya sesi soal jawab brmula..soalan senang je tp xde jawapan yg keluar dari mulut kami masing2 menyEpi jadi skali lagi malang menimpa..kami diarahkan pula untuk pump in..huaaaa.da la kain ak nk terlondeh.berapa banyak denda daaa...bila da pumpin yang ke 28 air mata mula merembes..haha sambil2 nangis sempat gak ak gelak sebab kain ak btul2 da nk telucut.tp Allah tolong kot lepas pumpin 30kali kpmpinan suh berenti..datang la kakak2 naqibah peluk kami..mnangis2 la kitorang..yela ak ni kaki je kuat tapi tangan lembik kne pumpin 30 kali pon da besepai air mata..jadi jangan la pakai kain batik terutamanya time2 program canni myusahkan diri sendiri je..ingatlah org tersayang

Monday 17 October 2011

seringkali kita sibuk dan menyibukkan

semua benda nak cepat..jalan laju jaa.banyak kerja nak kena kejar..sampai masa untuk keluarga pun ciput je... yela mana nak kerja lagi mana nak layan anak layan bini layan laki..
tu la realiti duniawi masa kini..terkejar-kejar,mengejar dan dikejari seolah-olah sudah lali.janji poket pernuh berisi.tapi hati tetap xpuas tanda kurang mensyukuri..yang dikurniakan masa lapang pula sibuk dengan dunia sendiri..mengumpat itu ini.bergossip hari2.membangga diri,tayang honda tayang lambhoghini akhirnya kita tersesat dalam dunia rekaan sendiri..ampunkan ak ya Ilahi.

teringat kisah Hassan Basri dan seorang hamba yang bersendiri..insyaallah akan ku kongsi..ku copy & paste dari note saudara afendee sbb ayat ak serabai xtau mana kepala mana kaki tapi apapun janji maksud korang fahami..

Diceritakan bahawa ada seseorang menceritakan kepada Hasan Al-Basri: "Wahai Abu Said! Di sini ada seorang lelaki yang tidak mahu berkumpul dengan orang ramai. Dia sentiasa duduk sendirian saja."
Hasan pergi kepada orang yang dimaksudkan itu dan berkata: "Wahai hamba Allah! Aku melihat engkau suka duduk menyendiri saja. Mengapa engkau tidak suka bergaul dengan orang ramai?" "Ada suatu perkara yang telah menyibukkan aku dari berkumpul dengan manusia." Sekurang-kurangnya engkau pergi kepada lelaki yang dipanggil sebagai Hasan Al-Basri dan duduk di majlis ilmunya."
"Ada satu perkara yang mencegah aku dari berkumpul dengan manusia termasuk Hasan Al-Basri." Kata lelaki itu.
"Semoga Allah merahmatimu. Apakah gerangan yang sentiasa menyibukkan engkau?" Hasan Al-Basri bertanya.
"Aku setiap hari tersepit di antara ni'mat dan dosa. Maka setiap hari diriku sibuk mensyukuri ni'mat-ni'mat Allah dan sibuk bertaubat atas dosa-dosa tersebut." Jawab lelaki itu.


"Wahai hamba Allah! Kalau begitu engkau lebih alim dari Hasan Al-Basri. Maka kekalkanlah amalan yang telah engkau lakukan." Kata Hasan Al-Basri

kalau...agar..dan namun... T_T

kalau...agar..dan namun| 3 patah perkataan yang menyelubungi diriku seusia akal sempitku sudah mampu memikirkan perkara logik & sulit..barangkali kemampuan fikiranku berfikir semasa usiaku menjengah 8tahun..

8tahun
kalau:
kalau ak besar kan best
agar :
agar ak dapat buat macam-macam nanti xde la lagi umi nk kata tidak...sume keputusan ak yang akan putuskan
namun:
namun..bila dah besar serabutnya ya rabbi seakan-akan sentiasa nk jadi budak yang xyah pikirkan apa2

18tahun
kalau:
kalau dapat masuk u kan bes
agar:
agar dapat berdikari,menikmati zaman remaja di universiti dan kenal ngan ramai kawan dari seluruh negeri
namun:
namun..hakikatnya xsemua yang dirancang menjadi..bila kat u kita kne jaga diri sendiri,xde sape nak ambik peduli.pandai2 la bawak diri,lu langsi lu mati...umiiiii!!!!

20tahun
kalau:
kalau dapat kawen awal kan bes..
agar:
dapat berbakti kat suami n dapatkan pahala free2.
namun:
setahun 2 je semangat nak berbakti,bila dah lama2 mulalah suami isteri bawak hal sdiri2 akhirnya rumah tangga jadi sunyi sepi anak2 terabai mencari identiti..

sumenya terjadi bila diri kurang bersyukur..ak,kau dan mereka,jom la kita berusaha jadi insan yang sentiasa berasa cukup dengan ap yang diberi.lect ak pernah cakap orang kaya tu adalah org yang merasa cukup dengan ap yang dia ada.wallahua'lam.apa kata kita mhargai apa yang kita dapat arini..hargailah dan nikmati setiap zaman yang kita lalui.

andai ada adik2 yang menjengah ruang ni,k.nini nasihatkan berbahagialah menjadi adik.bila hasrat kita ditentang oleh ibu bapa,itu bukan kerana mereka menyekat kebebasan kita sebaliknya mereka hanya memikirkan ap yang terbaik untuk kita

untuk para remaja,percayalah zaman persekolahan merupakan zaman yang paling dirindui..memang kita impikan untuk melangkah ke alam universiti,alam yang lebih berdikari namun setelah kita meninggalkan realiti persekolahan,satu saat nanti kita akan merindui sahabat2 yang begitu tulus berkawan ngan kita,guru2 yang begitu ikhlas menyampaikan ilmu dan uniform putih yang xyah menyebabkan kita terfikir2 pakaian apa yang perlu ak pakai esk hari ^__-

dan untuk seusia denganku hargailah zaman bujang kita..hidup yang bebas tanpa sekatan selagi tidak keluar dari batasan syariat..bergembiralah kerana masih mampu berkhidmat untuk ibu bapa yang berpuluh tahun membesarkan kita terutamanaya kita sebgai kaum hawa.dibuatnya kelak bila da kawen suami x bagi jumpa mak bapak..menangis tepi dapur la jawab nya..ngeee

so xyah nak kalau..kalau sangat la kan..hargailah masa sekarang kerana kelmarin adalah kisah silam,hari esok seakannya belum pasti dan hari ini adalah realiti..jangan membuang sampah merata-rata..undilah saya!!!hehe

9 jenis syaitan laknatullah

     aini alhamdulillah skali lg Allah bg kelapangan waktu untuk dengar kuliah maghrib kat surau UTM.biasenya bukan sibuk tapi syaitan yang menyibukkan aku dengan segala macam hal dunia.sampaikan main facebook pon antara kesibukan dunia yang seakan-akan x boleh aku tinggalkan...astaghfirullahalazim lalai...lalai..

     Bercakap sal syaitan ni tadi ustaz ada sentuh pasal 9 jenis syaitan..wow banyaknya..mampu ke kita nak lawan?ok nampak banyak kan,tapi bukan kejayaan namanya lau kita x tempuh segala kesukaran..tul x? jihad paling besar kita umat akhir zaman ni adalah jihad nafsu sebagaimana yang terdapat didalam hadis.

dalam bahagian ke-13 daripada al-fawa'id al-muntakhah himpunan imam abu hafs umar bin ja'far al-basri ada menyebut hadis ini dengan sanad yang kuat.


رقم الحديث: 63
(حديث مرفوع) نا مُحَمَّدُ بْنُ غَالِبٍ , قَالَ : نا عِيسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْبِرَكِيُّ , قَالَ : نا يَحْيَى بْنُ يَعْلَى , قَالَ : نا لَيْثٌ , عَنْ عَطَاءٍ , عَنْ جَابِرٍ , قَالَ : قَدِمَ عَلَى النَّبِيِّ , صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَوْمٌ عُرَاةٌ , فَقَالَ النَّبِيُّ , صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " قَدِمْتُمْ خَيْرَ مَقْدَمٍ قَدِمْتُمْ مِنْ جِهَادِ الأَصْغَرِ إِلَى جِهَادِ الأَكْبَرِ " . قِيلَ : وَمَا جِهَادُ الأَكْبَرِ ؟ , قَالَ : " مُجَاهَدَةُ الْعَبْدِ هَوَاهُ "

No hadis: 63

hadis marfu': telah meriwayatkan kepada kami Muhammad bin Ghalib (thiqah) bahawa beliau berkata: isa bin ibrahim Al-Barki (thiqah) berkata: Yahya bin ya'la At-Taimi Al-Kufi telah meriwayatkan kepada kami, bahawa beliau berkata: Laith (bin Sa'ad Al-Misri, seorang ulama' thiqah) meriwayatkan kepada kami daripada 'Atho' (bin Aslam, seorang ulama thiqah) daripada Jabir r,a. bawasanya beliau berkata:

"Telah datang kaum kepada Rasulullah s.a.w. lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Kamu semua telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju jihad yang lebih besar." Dikatakan: "Apa jihad lebih besar itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya

Read more: http://ad-deen.proboards.com/index.cgi?board=hadis&action=display&thread=161#ixzz1b2qd9EOG
 
Tak kenal maka tak waspada. Betul tak ? Meh kita pakat kenal2 dulu sembilan / 9 jenis anak Syaitan dan kerjanya. Moga2 kita terlindung dari hasutannya. InsyaAllah.
Sayyidina Umar al – khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak Syaitan :
1. Zalituun.
  • Duduk di pasaraya / kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang – barang yang tidak perlu.
2. Wathiin.
  • Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan.
  • Menghasut sultan/ raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama’.
4. Haffaf.
  • Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat – tempat maksiat. (contoh : Disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah.
  • Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour dan sebagainya.
6. Masuud.
  • Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata -kata mulut.
7. Daasim. (berilah salam sebelum masuk ke rumah)
  • Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai – berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak – anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.
8. Walahaan.
  • Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat – ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus.
  • Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari.
** Setiap hari di mana Syaitan2 ini akan mengganggu kehidupan harian dan mengahsut tanpa kita sedari. Sampaikan kepada saudara Muslim yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat.
Dan sejak akhir2 yang paling teruk (aaikk ada lagi ker ?? kata ada 9 jer, apa kes  ?? ) Merapu jer la yang ni beb.
10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Turut terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing & tak kira kat mana2 lagi kalau ada.
Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupa yang lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak2  sikit, jangan sampai berlebih – an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan jugak.
11. Hind*setan.
Nie mereka2  yang menonton cerita hindustan (bollywood), sampai masuk waktu sembahyang, masih menyonggol depan TV, kepala dah keluar tanduk, tak sedar, so jadi lah hind*setan. Hehe. Maaf bukan nak menghina @ menyinggung perasaan mana2 pihak, sekadar ingatan. Sebenarnya nak buat ayat delete garisan kat tengah2, tapi tak boleh plak. Tak tau pasai apa.
12. Santan.
Yang ini saja nampaknya, berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak. Pun begitu kalau berlebihan boleh menyebabkan kolesterol tinggi. Hehe.
Takbir !!

Sunday 16 October 2011

nasihat :)

Wikipedia : I know everything !
Google : But i have everything !
Facebook : So what?, i know everybody !
Internet : Hei Without me,, you all are nothing !
Electricity : Silent ! Who's The Boss now ?!!
Benjamin Franklin: Ehem..ehem..Who's discover Electricity?

Allah : "While Allah created you and that which you do"
“Padahal Allah lah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu “
(As-Saffaat:96)



Friday 14 October 2011

"izinkan saya meminang saudara..."bicara si banat

     Umat Melayu ni memang terikat kukuh dengan adat.ye tau agar dipandang cantik sopan dan penuh kesenian...mesti sangat buruk pada pandangan kaum Melayu kalau perempuan atau pun gadis yang memulakan langkah meluahkan keinginan hati pada sang jejaka yang disukai..katanya perigi mencari timba...tetapi perlukah wanita hanya menjadi penunggu?golongan kaum wanita pada hari ini bukanlah sedikit malahan jauh melebihi bilangan kaum adam...manakala kaum lelaki yang baik dan boleh dibuat suami juga sudah boleh dibilang dengan jari..

    
     Persoalannya...sekiranya kita dah menjumpai mr.right perlukah kita mendiamkan diri hanya kerana adat yang menebal,hanya tidak mahu dianggap terhegeh2 walhal belum tentu kita akan menjumpai org yang lebih baik daripada dirinya pada masa akan datang?

“Tidaklah kebanyakkan mereka itu mengikuti melainkan hanya berdasarkan semata-mata sangkaan dan tidaklah sangkaan mereka itu membawa mereka kepada kebenaran sedikit pun” (Yunus : 36).

Dan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).

Sesungguhnya di dalam Islam disyariatkan kepada seorang wanita untuk menawarkan dirinya kepada lelaki yang soleh dan beragama apabila dirinya mendapati lelaki tersebut benar akhlaknya dan benar peribadinya menurut syariat Islam (lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 107 Jilid 3).

AKU TAK LAMBAT TAPI DIA YANG CEPAT

     Sebagaimana kisah ak yang seringkali terlepas lelaki2 yang baik kerana mengikut adat dan terlalu memikirkan tanggapan masyarakat..sudah beberapa kali Allah temukan ak dengan lelaki2 baik..beberapa orang daripada mereka adalah hafiz dan akhirnya ada daripada mereka telah mendirikan masjid,bertunang,meninggal...hurmmm yup ak juga perlu mengambil kira soal jodoh tp bagi ak slagi kita x usaha kita xkan dapat hasilnya..masih ak ingat  bicara seorang kakak usrahku.."Allah x melihat hasilnya tetapi Allah melihat usaha yang kita lakukan"...wallahua'lam.
     Pada saat ini sekali lagi Allah temukan ak dengan serang lelaki yang baik dan ak percaya akan agamanya..biarlah ak bahasakan dirinya mr.M..perkenalan pertama kami di puncak gunung.namun namanya baru ku tahu beberapa minggu lepas..berapa usianya,apa kerjanya,mana asalnya semuanya masih menjadi misteri..andai dia jodohku biarlah segala misteri tersebut terungkai saat dia menjadi kekasih halalku...Namun tanda2 untuk dia memulakan dahulu agak kabur,akan ak bina kekuatan kental untuk meminangnya dalam masa terdekat agar ak tidak lagi menjadi seorang yang x lambat tapi dia yang cepat...Ya Allah bantulah ak..

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).



Sesungguhnya hadith di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah yang umum.

“Dan sesungguhnya pada peribadi rasulullah itu sebagai contoh teladan yang terbaik.” (Surah Al-Ahzab : 21).

Adapun menjawab ayat al-Qur’an yang menyebut kekhususan hanya untuk nabi seperti :

“Dan perempuan mukminah yang menghadiahkan dirinya kepada rasul…..hanya khusus untuk kamu dan bukan untuk orang yang beriman yang lain ” (Al-Ahzab : 50).

Dimaksudkan pengkhususan di sini ialah dalam masalah maskahwin iaitu dikhususkan untuk rasulullah bernikah dengan perempuan yang menghadiahkan dirinya kepada baginda nabi tanpa perlu baginda membayar maskahwin sedangkan bagi umat Islam yang lain diwajibkan membayar maskahwin namun untuk nabi diberi pengecualian (lihat Tafsir Al-Qur’anul Azim oleh Ibn Katsir ra m/s 124 Jilid 3).

Sebagai kesimpulan adalah menjadi sunat dan galakkan kepada wanita muslimah bagi menawarkan diri mereka kepada lelaki yang soleh dan beragama jika benar lelaki tersebut dilihat dapat membimbing diri mereka dan memandu mereka ke jalan yang benar.

apa ayat yang sesuai ni???
mr.M sudikah saudara mengangkatku menjadi kekasih halal mu?
adkah saudara berhajat padaku?
jom kawen...
jom bina masjid..
hehe macam lawak lak..malu sebenarnya...kekeke

Wednesday 12 October 2011

rehat jap| salah tafsir

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…
Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee……….

Tuesday 11 October 2011

nasihat :)

Pesanan Ustaz Zahazan..."Jika engkau mampu utk tidak dikenali maka laksanaknlah Kerana tidaklah rugi sekiranya engkau tidak dikenali Tidaklah rugi sekiranya engkau tidak disanjung dn tidaklah rugi sekiranya engkau menjdi orang yg tercela disisi manusia asalkn engkau mampu menjdi orang yg terpuji disisi Allah" Tq Ustaz :)

kesilapan wanita selepas haid

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..
Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

sumber inspirasi

    ok usai menyudahkan paper technology.tinggal satu lagi paper 16 oct 2011 ni..huishhh arap sem ni dapat la dekan da lama umi nantikan kejayaan aku..

   dengar cite abang ak yang number 5 bjaya jadi pelatih yang kedua terbaik di Sime Darby..alhamdulillah dan tahniah laa pada beliau.abang ak sorang tu memang sangat komited pada setiap tugas yang dia dapat..senang cite setiap keje yang dia buat pasti berjaya dengan jayanya.Sifat kmmpinan yang ada padanya membuatkan kehadirannya cukup bermakna..dari sudut luaran beliau agak pendiam dan tegas tapi bila dah datang angin ahmarnya haaa mulalaaa nak menggila.entak sape la jodohnya nanti.

  ak tau umi cukup berbangga dengan kejayaan anak lelakinya yang sorang ni.xbermakna anak yang lain x berjaya tapi dia adalah anatara anak umi yang sentiasa mendorong ak untuk berusaha lebih jitu kalau boleh ak juga nak membanggakan umi walaupun usaha yang ak buat ciput jee..

   ak percaya Allah dah menyediakan rezki kepada hamba-hambanya,kita hanya perlu berusaha..insyaallah ak xkan pernah mengalah paling x sebelum umur 25tahun ak dah berjaya tunaikan umrah..insyaallah..!semoga allah melimpahkan keberkahan dalam famili ak..ameeeeen.

Monday 10 October 2011

huh pengecut!

  musim2 final exam ni tipu la lau cakap x stress kan.muka nampak chill je tapi dalam hati besepah darah begerak dengan x keruannya (perghhh ayat bajet hot tapi beterabur grammer,lau cikgu bm tau ni mesti besepai gg ak..huhu).jd pk punye pk dapat la idea nk g melabur stress di bukit tabur tp masalah transport plak.namun smangat punya pasal kitorang pow jugak motor sorang member n buat kputusan x jadi ke tabur tapi ubah pd plan B ke satu lg bukit yang ada kat semenyih dengan perancangannya nk gerak sebelum subuh maklumlaa bukit broga tu dah botak lalang je meliar lau g tengahari kang panas lak nak2 kitorang ni dari UTM jalan Semarak memang la nk kne harung jem bagai lagi.

     semalam (10/10/11) ak ngan member ak yang baru ak knl cik hajar gerak la dari perkarangan utm menggunakan motor yang telah di pow..bajet nk gerak kul 5 tp cik hajar lak cakap mls nk brenti masjid mana2 tengah jalan nnt untuk solat subuh jadi dia cadangkan gerak je lpas subuh..katanya kul 6.30.ok sbb dah kata gerak lpas subuh ak tertido la balik walaupon hakikatnya kul 4 lagi dah terjaga.sedar2 dah kul 6.21pg..ok ak msg balik cik hajar mintak tambah lg 5 minit untuk ak bersiap.ak ni jenis yang teliti bab masa.pantang lau org tunggu ak.cuci muka,gosok gg,ambik wudhuk,solat,tukar sluar,baju,pakai tudung sapu sunblock cket lps tu kutip sgala bagai barang yang perlu.ok tepat 6.35pg ak dah turun kat foyer kitorang punya blok.recheck lg skali kot2 ad barang2 yg tertinggal
purse?...ada
matrixcard?...ada
phone?...ada
mineral water?..ada
ok sume cukuplaa untuk keperluan mendaki ak..bawak banyak2 pon wat sakit badan je.lagipon ak jenis yang x suka bawak banyak barang cukup la barang2 penting yang bleh sumbat dalam laci sluar..memang handbag bagai tu haram la bagi ak.malas buat senang kne ragut je.hoho!
tunggu lagi hajar da dekat kul 6.45 blom nampak batang hidung dia..ok bagi masa lg 5 minit..sabar2.kul 6.50 lbh kurang kitorang baru gerak..isi minyak dlu.ayyai.

     bermula la episod kitorang layan jem (pegi time weekday memang nk jalan2 lengang atas padang je la kan).motor yg nk terbalik,sesat mesat lagi baru la sampai ke bukit broga.kecut perut ak jadi pembonceng ni,yela dlu time kat kampung mana ada nk menyelit2 bagai jalan lengang gler tu pon kadang2 sibuk sbb lembu kambing je..ni haa kat kl macam kecik je perut ak stiap kali kawan ak menyelit..haishhhhh.ak ni betul2 pengecut..

     da dekat2 nk sampai bukit broga tenampak lak keling nk bgaduh..sorang pegang pistol,sorang lagi pegang kayu...mak aiiii dlu ak tengok dalam tv je kes2 canni,skang depan mata wooo.haish lagi skali perut ak trasa kecik..kl...kl..masa keling tu terjah rumah tersebut ada sorang makcik india depan keling tu,ak arap makcik tu tselamat,mane la tau kot2 lau makcik tu panjang umur dia nk masuk islam ke kan...lagi skali ak jadi pengecut sbb  time ak nk kol polis,hati ak mghalang.yela mane tau kot2 keling tu cari ak ke famili ak ke pasni (eceeeeh brani lak tulis kat sini.dibuatnya keling tu baca post ni x ke naya) moga Allah melindungi ak n kluargaku..ameen

    sampai je kat kaki bukit broga tu dah kul 8.54 jadi lepas kunci segala bagai motor kitorang pon memulakan ekspidisi..10 minit kmudian sampaila kitorang kat puncak pertama..broga ni ada 3 puncak.jadi kat setiap puncak kitorang melepak agak lama..saja nk menghabiskan masa melayan perasaan..ok kat puncak ptama la kitorang tengok pelbagai karekter manusia yg agak macam2..yang sorang tu terjerit2 nk turun bukit..cuak kot..biasa la prmpuan.haishh..lagi 2 orang perempuan mak aiii naik bukit pon dressing bagai.siap bawak handbeg..aishh bukan nk kutuk tapi bnda tu sume hanya akan menyusahkan empunya diri..di buatnya beg tu tersangkut kat pokok2 ke akar2 kayu ke x ke membahayakan diri.ok lau dia mmg x tau akan manjat broga aitu xpe la bukan salah dia tapi lau mmg da plan awal2 nk manjat tu,walopon hanya broga dinasihatkan xyah la dressing bagai eaaaa! agak berbulu mata ni tengok lau pakaian tu sopan pakai baju kurung ke jubah ke xpe gak..hehehe

   sampai kat puncak ketiga kitorang borak2 lagi sambil layan makan kekacang.tetiba ak buat keputusan nk myambung manjat gunung tokwan 3km drpd puncak ke3 broga..tengah rehat2 jap sblm mymbg pndakian ad sorang abg nikon ni muncul..huish lewat gak abg ni naik da dekat kul 11 gak la dia sampai puncak.ok abaikan dulu..ak pon bgtau la hajar nk teruskan n ak hiking sorang!hajar tunggu kat puncak broga..ok ak sempat pesan kat hajar hati2 sebab dia ngan abg tu je ad kat puncak time tu.tp ak pcayakan hajar sbb ak tau dia bleh jaga diri.hajar pon pesan kat ak suh jaga diri gak sbb akn sorang2 dalam hutn.

    ak stat masuk hutan kul 10.56.hajar cakap puncak tok wan 45minit je..ak jalan punya jalan,hutan ak tengok makin tebal,makin dalam ak masuk makin gelap,makin banyak la bunyi haiwan2 hutan..ok cool asma cool,banyakkan selawat..huish makin dalam makin hati x tenteram.almaklumlaa jalan sensorang..takut oiiii.nampak je keras tapi dalam ati mak aiiiiii takuttt.ok da hampir sejam ak jalan puncak tetap x nampak..da brapa kali turun naik,jalan lagi jumpa macam2 jns pokok siap tjatuh bagai..hutan kadang2 gelap kadang2 cerah..ok hati mula rasa x sedap....apa lagi ok ap kata patah balik...haha skali ak kalah daaa dengan gunung tokwan..hampeh tul.pengecut la ak ni!!!T_T...patah la balik...

   sampai je kat hajar ak cite la kat dia sampai mana ak hiking,maka apa hajar cakap...
"laaa ko ni asma knape ko patah balik,cket lagi tu ko nak sampai"...hahaha sengeng tul la ak ni..tp xpe la janji ak selamat..hurmmm sejak bila la ak jadi pengecut canni.dulu ak pk ak takutkan gelap skang baru ak sedar ak bukan takutkan gelap tapi ak takut bersendirian..ya allah esk2 dalam kubur entah apa la jadi kat ak..

   habisla cite ak sebagai seorang pengecut..balik je dari broga ak yang bawak motor dari putrajaya sampaila kolej..kitorang x terus balik tapi skali lagi sesat mesat dalam putrajaya bersama abg nikon (harmee) yang bkenalan kat puncak broga..cari taman cabaran sbb nk main wall climbing kat presint5 dengan bayaran RM3 untuk student and RM6 untuk adul per entry.sewa kasut RM7 sepasang.ok sudah2 main dalam kul 5.30 kitorang gerak balik.brader nikon tu pon sejalan je ngan kitorang sebab dia nk ambik wife dia balik dari kerja kat menara celcom..ok ak da x pengecut lagi sbb berani bawak motor sendiri walupon hakikatnya xde lesen n terlanggar sidemirror sebuah kancil semasa dalam pjalannan menempuh jem yang teruk amat..tu la konon2 brani nk selit menyelit skali telanggar sudaa nasib bek kancil..ekekeke..moga2 pasni ak juga mampu mengatasi ketakutan ak dalam hal2 mencabar sperti mmbantu orang dalam kesusahan n ketakutan bersendirian.wallahua'lam
  

Saturday 8 October 2011

azam baru

lama da x update blog...da berhabuk,berkebuk bersawang dah laman aku ni..yang pasti bukan ak bz pon cuma malas n x berminat untuk update blog..ngeee.baik xyah bukak akaun..

entah angin apa pagi ni semangat je nk mencoret kat sini.jadi ak berazam pasni nk jadikan blog ni diari ak,kongsi setiap kegembiraan yang ak rasa agar pembaca juga dapat cas2 positif yang ak sebarkan..kisah duka pon akan ak kongsikan agar jadi sempadan untuk sume.pendek kata sume la nk coret kat sini..ada yg sudi nk baca ataupon x terserah yang penting ak da ad sesuatu yg baru untuk dilakukan

Thursday 17 March 2011

senaman kagel..

Senaman Kegel adalah senaman yang bagus untuk setiap wanita terutamanya wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak. Bagaimanakah melakukannya? 

Fungsi dan Faedah Senaman Kegel
* mampu membantu mengatasi masalah seperti tidak boleh mengawal kencing{mosimage}
* mengurangkan kes peranakan turun
* meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina
* meningkatkan kualiti hubungan kelamin
* menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perenium

Kaedah Asas (Permulaan)

* Sewaktu membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba
* Tahan dan kira sehingga bilangan 10 sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa
* Otot pada pangkal rahim anda cukup kuat jika anda mampu menahan air kencing tanpa menggerakkan kaki.

Untuk Pastikan Kaedah Anda Betul

* Anda boleh memasukkan jari (yang telah dicuci bersih) ke dalam faraj dan cuba cengkam jari ini menggunakan faraj anda. Cengkaman ini lazimnya terasa pada bahagian pangkal jari saja.
* Otot punggung (otot gluteus), otot abdomen (terutama kawasan bawah pusat) dan otot paha seeloknya tidak dikemutkan pada waktu ini. Anda boleh meletakkan kedua tangan pada kawasan punggung dan abdomen serta peha bagi memastikan ia tidak mengeras sewaktu senaman kegel dilakukan.

Senaman Yang Sempurna

* Setelah kaedah anda betul, lakukannya ketika pundi kencing anda telah kosong (cara yang sama seolah-olah seperti menahan diri daripada membuang air kencing). Tabiat menahan kencing boleh menyebabkan masalah kencing tidak lawas.
* Anda boleh berdiri, duduk atau berbaring ketika melakukannya.
* Jangan menahan nafas ketika melakukannya.
* Tahan otot selama kiraan 10-20 dan rehatkannya dengan kiraan 10-20 lagi sebanyak 4 setiap sesi. Lakukan 3 sesi sehari (pagi, petang dan malam).

Jika masih tidak pasti kaedah yang betul, jangan malu berjumpa doktor untuk mendapatkan panduan.

Keberkesanan

* Biasanya, kesannya senaman ini dapat dirasai dalam masa 2 hingga 3 bulan, jika dilakukan setiap hari.
* Keberkesanannya bergantung kepada kaedah yang betul dan ianya mestilah dilakukan secara konsisten.
* Berpantang adalah waktu terbaik untuk melakukan senaman Kegel kerana ia turut dibantu dengan kehadiran hormon yang banyak dalam badan. Bagaimanapun, ia tidak disarankan bagi wanita yang bersalin secara pembedahan atau terlalu banyak koyak pada vagina.
* Secara umumnya, senaman Kegel mampu mengembalikan 50 peratus kekuatan otot vagina, malah ada kes yang pulih 100 peratus. Bagaimanapun kejayaan ini berbeza antara individu mengikut tahap masalah masing-masing.

Wednesday 16 March 2011




Kata orang ini kisah benar, benar-benar kisah benar yang berlaku.

'Pop Corn Soup'

Itulah nama makanan dia. Popcorn yang bercampur dengan air hujan. Majdi berdiri ditepi tiang, tiang yang betul-betul berada di tengah-tengah dalam tren yang dia masuk. Basah kuyup. Bukan kuyup biasa, tapi benar-benar kuyup. Seperti baru muncul selepas menyelam dalam air.

Sebentar tadi hujan lebat. Dia meredah tanpa kisah. Mungkin dia ingat dirinya ulamak yang tak akan dibasahi dek hujan mungkin. Berjalan penuh bergaya lagak seperti hero dalam filem. Disangkanya hujan hanya perlahan, tapi turunnya terlalu lebat. Menahan muka merah, malu berjalan dalam basah di tempat profesional PWTC dengan kehadiran orang yang ramai.

Dan kini, dia berada di dalam tren. Masih basah. Hanya dia di tengah, keseorangan. Pada awalnya boleh sahaja dia mendapatkan kerusi kosong, Tapi merisaukan orang yang mungkin tidak selesa dengan keadaannya yang begitu, dia merelakan.

Semua mata memerhati. Dengan kopiah hitam dan baju melayu merah satin merah itu. Mereka melihat dia dengan pandangan yang mengasyikkan. Mungkin mereka ingat dia sedang memperagakan model pakaian basah dalam tren itu. Namun wajahnya masih tenang, berpura-pura tiada apa-apa berlaku. Dia memang begitu, sentiasa cool dan macho dalam setiap keadaan.

Tadi dia ke pesta buku. Pernah naqibnya seakan berkata.

"Seandainya malu berdakwah melalui lisan, sampaikan melalui tulisan"

Dan tak akan dapat seseorang menyampaikan melalui tulisan, melainkan hanya dengan pembacaan yang banyak.

Maka dia beli buku banyak, sebanyak-banyaknya. Sehingga dia menyesal. Kadangkala dia juga tidak pasti, apakah hobi sebenarnya membaca, atau membuat koleksi buku. Kerana lebih banyak buku yang dibeli daripada dibaca.

Malam pertama di syurga, keabadian masa, dan koleksi sastera Faisal Tehrani menjadi pilihannya. Harapan, untuk menambah ilmu di dada. InsyaAllah.

Di luar masih rintik, lampu-lampu perang di jalanan pula menambahkan lagi suasana malam

Sudah sampai stesen U. Dia berhenti, hajatnya ingin ke Masjid Wilayah. Di sana terdapat konsert, Shoutul harakah. Untuk Palestin. Dan dia harap dengan itu, semangatnya akan meninggi kembali sebagai mujahid Islam.

Sudah sampai. Masjid Wilayah. Masjid yang setiap kali dia melihatnya, pasti ada satu perasaan tenang dan bening menyusup dalam hatinya. Binaannya seperti Masjid Biru dan Aya Sophea di Turki. Tempat di mana Islam penah membangun megah. Sama. Binaannya memang hampir sama. Dengarnya, memang arkitek untuk masjid ini memang dari Turki. Mungkin kerana itu binaannya seperti binaan reka bentuk Turki.

"Assalamu'alaikum..."

Majdi memberi salam. Tersenyum berjumpa rakan-rakannya yang lain di sana.

"Wa'alaikumussalam. Wah! Ini dah macam ahli Shoutul Harakah!" Rakannya berseloka. Melihat dia yang memakai kain Palestin di leher. Dibelinya tadi seusai sampai di perkarangan masjid, dengan niat di hati untuk menderma kepada saudara di sana.

Slideshow dipasang. Lagu dimainkan. Sajak di deklamasikan. Untukmu Palestin. Darah kami, dan jiwa-jiwa kami. Dia hanyut dalam perasaan dan kasih kepada saudaranya di sana. Membayangkan dirinya menjadi mereka.

"Aku ingin membuka Palestin, Ya Allah izinkanlah aku untuk itu.." Bisiknya dalam hati, dalam air mata yang hampur bergenang,

"Dum!"

Dewan bergema dengan  gempaan jihad dari Shotul Harakah. Semangat benar-benar berkobar. Hadirin semua berdiri. Tangan digenggam. Erat, seerat tekad di hati.

"Setiap titis peluh dan darah, tak akan sirna ditelan masa.. Segores luka di jalan Allah, kan menjadi, saksi pengorbanan.."

Dan dewan pun terus bergema.

"Bangkit, kerana setiap langkah kita, adalah langkah jihad! Tiada langkah kita, melainkan langkah jihad!"
Semangat keluar menggunung dari ucapan ahli kumpulan Shoutul Harakah itu.

"Setiap langkah kita adalah langkah jihad? Allahhuakbar. Aku akan memerhatikan langkahku.." Majdi berbisik di hati.

Majlis usai.Dengan satu perancangan. Dalam masa satu bulan, rm 1 juta akan dikumpulkan untuk palestin. Ramai berjalan pulang, malah ada yang bersuai kenal merapatkan ukhuwwah. Majdi berjalan ke arah kumpulan sahabatnya.

"Bagaimana kita?" Majdi tertanya sambil ketawa kecil.

"Hurm, terus. Terus melangkah demi melakar masa depan Islam" Sahabatnya membalas sambil tersenyum, yakin.

Dan mereka terus menggegam harapan bersama.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgOx3hFlu0idaGfWLwew8eOscor1o2enT3HxYBRkvnT7QDaB8F7b4MvZ0-0IdcxIkgpEXN16qrwbnWMjc6t6w_r_CcEsv5Gn0VySu9nLm50iZ8m2SfoxUdEDALOghclioFYx-vaReYag4/s320/scan0007.jpgAku masih teringat..

Dulu, aku sering ke surau dengan abah.. dan kadang-kadang aku tertidur di sana..

bila aku sedar..

Aku dalam pelukan abah.. hangat..

Abah mendukungku pulang ke rumah..

Aku masih ingat ketabahannya semasa mendidikku, melayan segala kerenahku. Sabar.. dan amat sabar.

Walau ke mana, walau apa pun, walau sesusah mana.

Dan aku..

masih ingat wajahnya semasa senyumannya ketika gembira, gembira dalam kasih sayangnya kepadaku.

Allah..

Aku..

Tak mampu untuk teruskan..

.....................................................................................

Aku berada di dalam kereta.. Menunggu detik untuk melihat wajah abah. Buat kali yang terakhir.

Aku sampai, mencium tangan mak.. memeluk mak yang sedang menangis..

Aku melihat wajah abah.

"Mak, abah tersenyum mak.."

"Mak tau.." jawab mak, pilu..

Wajah jenazah abah tersenyum manis sangat. Aku tidak pernah melihat abah senyum semanis ni. Allah..

Mak sentiasa di sisi abah, ingin bersama abah selagi ada masa..menangis sendu.

Dan aku.. aku perlu kuat.. namun melihat wajah mak kemudian wajah abah membuatkan aku sebak dan terus hanyut dan tenggelam dalam air mata dan perasaan..

Sebentar mak tersenyum, sayu..

"Mesti abah bahagia sangat di sana.. sampai senyum macam tu.. Abah seronok je kat sana.. tinggal kita sedih di sini..Abah, seakan tidur.."

Mak terus mengusap abah.. dan kami terus menangis..

Sahabat-sahabat, rakan seperjuangan, anak murid, dan saudara mara abah ramai yang datang, menziarahi, menghargai.

Kami adik-beradik membantu memandikan abah. Melihat abah dimandikan sebegitu, kami tak mampu menahan. Rifhan menangis, Jausyan memelukku. Aku juga, menangis semahunya..

Tapi demi Allah, dengan senyuman yang begitu. Abah kelihatan amat seronok, seronok dimandikan. Dan ianya sedikit sebanyak mengubat dan memujuk hatiku..

Abah dikafankan, dan kami semua memberi ciuman dan penghormatan terakhir untuk abah..

Aku memakai jubah hitam. Jubah yang dibelikan di mekah. Jubah yang abah belikan. Aku manarik nafas. Mengambil wudhuk. Menghadap jenazah dan keranda abah yang telah diselimutkan dengan ukiran khat emas berkain hitam.

Semoga abah bangga dengan anaknya. Aku mengangkat takbir, disambut dengan suara takbir ramainya para jemaah yang lain. Aku menjadi imam untuk sembahyang jenazah abah. Aku menghayati. Amat menghayati.. Aku berdoa penuh berharap pada Allah.. untuk abah..

Abah, selamat dikebumikan..

.............................................................................

Petang itu hening. Benar-benar hening.

Angin membelai lembut. Dan daun-daun berdesir perlahan. Jubah beralun tenang. Aku berdiri di tepi kubur abah. Seorang diri.

Memandang segalanya. Menadah tangan.

"Ya Allah, aku tak tahu adakah aku anak yang soleh. Aku yakin janjimu bahawa apabila anak adam meninggal dunia, tak akan terputus darinya anak yang soleh. Ya Allah, Kau ampunilah ayahku..Kau lapangkanlah kuburnya, Kau rahmatilah dia. Kau kurniakanlah syurgaMu yang tertinggi tanpa hisab ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya dia hambaMu yang soleh, anak yang soleh, suami yang soleh, ayah yang soleh. Dia benar-benar telah mendidikku dengan baik ya Allah.."

Allah..

Abah, abah jangan risau. Abah masih ada abang dan adik-adik. Kami sentiasa akan doakan abah. Sampai bila-bila abah..InsyaAllah, semoga abah bahagia di sana..


Hidup kami benar-benar berubah..

Rumah yang penuh dengan kenangan suka dan duka akan ditinggalkan. Itu rumah kerajaan, dan kami tinggal kerana abah pensyarah. Jausyan akan berpindah sekolah. Dan aku akan terus menggalas tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga.

Keluarga abah dan mak amat baik. Pernah aku terfikir, aku ketua keluarga sekarang. Aku perlu mencari kerja. Aku perlukan sekurang-kurangnya untuk menyara keluarga.

"Jangan fikir lagi tentang kerja atau apa, nadwan ada mak dan ayah saudara yang ramai sangat.."

Keluarga mak abah amat membantu. Mereka amat menolong. Mereka amat berkorban. Allah..

Suasana terlalu sayu. Seakan sentiasa menangis, sekan sebak senantiasa mengunjung.

Mak, mak terlalu rindukan abah.. sangat. Mak selalu sakit. Mak ada darah tinggi.
Dulu abah yang akan selalu jaga mak, berada di samping mak. Tapi nanti, bila nanti.., siapa yang akan jaga mak? Mak tak sihat. Nanti, rifhan akan balik ke asrama.. Baqiri akan ke sekolah, dan aku akan ke uia. Siapa nak jaga mak nanti?.. Siapa nak jaga bila mak kesunyian nanti? Bila mak amat memerlukan teman di sisi.. Allahuakbar..

Aku menangis, memikirkan tentang mak.

"Nadwan.. kesian kat abang nanti.." perlahan mak berkata-kata..

Aku mendongak.

"Kenapa mak?.."

"Nanti abang kena cari isteri yang dapat terima mak.. yang dapat duduk sekali dengan mak nanti.."

Aku mencium dahi ibuku..

"Mak jangan risau...."

"InsyaAllah..Abang akan jaga mak.. walau apa pun yang terjadi.. walau macamna pun.. sampai bila-bila mak.... sampai bila-bila...."





Ini kisah mereka.. kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga.

Kata mak..

Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti.

Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama.

Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah subhanAllah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah. Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak..

"Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.."

Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah.

Dan Allah mengurniakan. Juga tanda dalam mimpi.

Mak lihat..

"Mak sembahyang,. mak solat.. dan abah.. abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.."

Cerita mak sambil tersenyum..

Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah.

Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya..

Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya..

Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku, mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa meikmati keindahan minuman, abah hadir dengan satu jug besar. Cerita mak sambil tersenyum.

Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah.

Mak kadang-kadang sakit. Pernah mak pengsan dua kali. Pernah mak memasuki wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis. Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga.

Cerita mak..

Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau.

Dan kelihatan abah..

"Abang ke mana? Risaunya ani.."

"Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.." kata abah sambil tersenyum.

Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan abah sanggup buat untuk mak.

Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah..

"Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.."

"Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.."

Dan abah hanya ketawa.

Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan.

Pernah mak tanya,

"Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke.. atau ani diam, tapi ani sakit.."

"Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah..

Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik.

Dan abah selalu membanggakan mak.

Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata. Dan selalu berkata.

"Beruntung Ani dapat suami macam tu.."

Mak gembira.

Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak..

Pernah mak berkata..

"Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak senantiasa inginkan kebahagiaan abah.."

Dan abah selalu membanggakan mak, hingga saat terakhir. Hingga abah kini,

Sudah tiada.

Pergi untuk bertemu cinta agungnya..

Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami. Abah membanggakan mak dengan pujian sahabat abah kepada jenazah.

Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah.

Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata..

"Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.."

Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis.

"Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.."

Mak tak boleh mendengar deringan telefon.

"Mak berharap sangat yang telefon tu abah.."

Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum.

"Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak..

Menarik nafas. Dalam. Amat dalam.

"Nadwan, mak perlu kuat kan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. "

Mak terus tersenyum.

"Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..."

Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...