Monday 17 October 2011

seringkali kita sibuk dan menyibukkan

semua benda nak cepat..jalan laju jaa.banyak kerja nak kena kejar..sampai masa untuk keluarga pun ciput je... yela mana nak kerja lagi mana nak layan anak layan bini layan laki..
tu la realiti duniawi masa kini..terkejar-kejar,mengejar dan dikejari seolah-olah sudah lali.janji poket pernuh berisi.tapi hati tetap xpuas tanda kurang mensyukuri..yang dikurniakan masa lapang pula sibuk dengan dunia sendiri..mengumpat itu ini.bergossip hari2.membangga diri,tayang honda tayang lambhoghini akhirnya kita tersesat dalam dunia rekaan sendiri..ampunkan ak ya Ilahi.

teringat kisah Hassan Basri dan seorang hamba yang bersendiri..insyaallah akan ku kongsi..ku copy & paste dari note saudara afendee sbb ayat ak serabai xtau mana kepala mana kaki tapi apapun janji maksud korang fahami..

Diceritakan bahawa ada seseorang menceritakan kepada Hasan Al-Basri: "Wahai Abu Said! Di sini ada seorang lelaki yang tidak mahu berkumpul dengan orang ramai. Dia sentiasa duduk sendirian saja."
Hasan pergi kepada orang yang dimaksudkan itu dan berkata: "Wahai hamba Allah! Aku melihat engkau suka duduk menyendiri saja. Mengapa engkau tidak suka bergaul dengan orang ramai?" "Ada suatu perkara yang telah menyibukkan aku dari berkumpul dengan manusia." Sekurang-kurangnya engkau pergi kepada lelaki yang dipanggil sebagai Hasan Al-Basri dan duduk di majlis ilmunya."
"Ada satu perkara yang mencegah aku dari berkumpul dengan manusia termasuk Hasan Al-Basri." Kata lelaki itu.
"Semoga Allah merahmatimu. Apakah gerangan yang sentiasa menyibukkan engkau?" Hasan Al-Basri bertanya.
"Aku setiap hari tersepit di antara ni'mat dan dosa. Maka setiap hari diriku sibuk mensyukuri ni'mat-ni'mat Allah dan sibuk bertaubat atas dosa-dosa tersebut." Jawab lelaki itu.


"Wahai hamba Allah! Kalau begitu engkau lebih alim dari Hasan Al-Basri. Maka kekalkanlah amalan yang telah engkau lakukan." Kata Hasan Al-Basri