Friday 14 October 2011

"izinkan saya meminang saudara..."bicara si banat

     Umat Melayu ni memang terikat kukuh dengan adat.ye tau agar dipandang cantik sopan dan penuh kesenian...mesti sangat buruk pada pandangan kaum Melayu kalau perempuan atau pun gadis yang memulakan langkah meluahkan keinginan hati pada sang jejaka yang disukai..katanya perigi mencari timba...tetapi perlukah wanita hanya menjadi penunggu?golongan kaum wanita pada hari ini bukanlah sedikit malahan jauh melebihi bilangan kaum adam...manakala kaum lelaki yang baik dan boleh dibuat suami juga sudah boleh dibilang dengan jari..

    
     Persoalannya...sekiranya kita dah menjumpai mr.right perlukah kita mendiamkan diri hanya kerana adat yang menebal,hanya tidak mahu dianggap terhegeh2 walhal belum tentu kita akan menjumpai org yang lebih baik daripada dirinya pada masa akan datang?

“Tidaklah kebanyakkan mereka itu mengikuti melainkan hanya berdasarkan semata-mata sangkaan dan tidaklah sangkaan mereka itu membawa mereka kepada kebenaran sedikit pun” (Yunus : 36).

Dan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).

Sesungguhnya di dalam Islam disyariatkan kepada seorang wanita untuk menawarkan dirinya kepada lelaki yang soleh dan beragama apabila dirinya mendapati lelaki tersebut benar akhlaknya dan benar peribadinya menurut syariat Islam (lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 107 Jilid 3).

AKU TAK LAMBAT TAPI DIA YANG CEPAT

     Sebagaimana kisah ak yang seringkali terlepas lelaki2 yang baik kerana mengikut adat dan terlalu memikirkan tanggapan masyarakat..sudah beberapa kali Allah temukan ak dengan lelaki2 baik..beberapa orang daripada mereka adalah hafiz dan akhirnya ada daripada mereka telah mendirikan masjid,bertunang,meninggal...hurmmm yup ak juga perlu mengambil kira soal jodoh tp bagi ak slagi kita x usaha kita xkan dapat hasilnya..masih ak ingat  bicara seorang kakak usrahku.."Allah x melihat hasilnya tetapi Allah melihat usaha yang kita lakukan"...wallahua'lam.
     Pada saat ini sekali lagi Allah temukan ak dengan serang lelaki yang baik dan ak percaya akan agamanya..biarlah ak bahasakan dirinya mr.M..perkenalan pertama kami di puncak gunung.namun namanya baru ku tahu beberapa minggu lepas..berapa usianya,apa kerjanya,mana asalnya semuanya masih menjadi misteri..andai dia jodohku biarlah segala misteri tersebut terungkai saat dia menjadi kekasih halalku...Namun tanda2 untuk dia memulakan dahulu agak kabur,akan ak bina kekuatan kental untuk meminangnya dalam masa terdekat agar ak tidak lagi menjadi seorang yang x lambat tapi dia yang cepat...Ya Allah bantulah ak..

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).



Sesungguhnya hadith di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah yang umum.

“Dan sesungguhnya pada peribadi rasulullah itu sebagai contoh teladan yang terbaik.” (Surah Al-Ahzab : 21).

Adapun menjawab ayat al-Qur’an yang menyebut kekhususan hanya untuk nabi seperti :

“Dan perempuan mukminah yang menghadiahkan dirinya kepada rasul…..hanya khusus untuk kamu dan bukan untuk orang yang beriman yang lain ” (Al-Ahzab : 50).

Dimaksudkan pengkhususan di sini ialah dalam masalah maskahwin iaitu dikhususkan untuk rasulullah bernikah dengan perempuan yang menghadiahkan dirinya kepada baginda nabi tanpa perlu baginda membayar maskahwin sedangkan bagi umat Islam yang lain diwajibkan membayar maskahwin namun untuk nabi diberi pengecualian (lihat Tafsir Al-Qur’anul Azim oleh Ibn Katsir ra m/s 124 Jilid 3).

Sebagai kesimpulan adalah menjadi sunat dan galakkan kepada wanita muslimah bagi menawarkan diri mereka kepada lelaki yang soleh dan beragama jika benar lelaki tersebut dilihat dapat membimbing diri mereka dan memandu mereka ke jalan yang benar.

apa ayat yang sesuai ni???
mr.M sudikah saudara mengangkatku menjadi kekasih halal mu?
adkah saudara berhajat padaku?
jom kawen...
jom bina masjid..
hehe macam lawak lak..malu sebenarnya...kekeke